Selasa, 31 Mei 2011

MK.AGAMA - SIFAT-SIFAT INDIVIDU YANG BERIMAN,BERTAQWA, MUNAFIK DAN KAFIR / FASIK



A.CIRI-CIRI DAN SIFAT ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAQWA

Allah SWT telah menggambarkan di dlam al-Quran tentang beberapa ciri orang yang bertaqwa. Di antaranya firmanNya;

“yaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.”                                (al-Baqarah : ayat 2-5)

Firman Allah lagi;

“ Bukanlah dianggap kebajikan itu hanya sekadar menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir yang memerlukan pertolongan, dan orang-orang yang meminta-minta dan memerdekan hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janji apabila dia berjanji dan orang-orang yang sabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar keimanan mereka dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”                     
 (al-Baqarah : ayat 177)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa di antara sifat-sifat orang yang bertaqwa yang ada hubungkaitnya dengan keimanan dan amal ibadah adalah seperti berikut;

  1. Beriman dengan perkara-perkara ghaib, iaitu percaya kepada perkara-perkara yang telah diberitahu oleh Allah melalui lidah rasulNya SAW, di mana perkara-perkara tersebut tidak mampu difikirkan oleh akal dan pancaindera manusia, seperti zat Allah Azza wa Jalla, Alam Akhirat, Malaikat, Syurga, Neraka, Alam kubur, Alam Mahsyar, Titian Sirat, Jin-jin, Siksaan Kubur, Arasy Allah dan lain-lain lagi.
  2. Mendirikan solat dalam ertikata yang sebenar, dengan memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya, termasuk mendirikannya dengan penuh kekhusukan.

  1. Menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah telah anugerahkan dalam bentuk zakat wajib atau zakat sunat (sedekah) kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir ( yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya.

  1. Beriman kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, termasuk suhuf-suhuf yang diturnkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul, melalui perantraan Jibrail A.S.

  1. Mengimani dan meyakini adanya kehidupan di akhirat setelah berakhirnya kehidupa di duni ini. Di sanalah segala amalan kita akan dinilai dan dihisab dengan penilaian dan penghisaban yang maha adil, kemudian akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan didunia ini. Samada berbahagia dan bergembira dengan mendapat balasan syurga atau menderita dan tersiksa dengan mendapat balasan neraka.

  1. Menepati janji apabila berjanji, samada jaji tersebut berhubung kait dengan Allah dan sesama manusia

  1. Bersabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan

Selain dari sifat-sifat dan ciri-ciri di atas, terdapat beberapa lagi sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang bertaqwa, di antaranya;

  1. Menahan api kemarahan daripada menguasai diri sehingga akan menyebabkan dia bertindak di luar kawalan dan batasan

  1. Memaafkan kesalahan orang lain, walaupun ketika itu dia mampu dan mempunyai kekuatan untuk mengambil tindakan dan membalas terhadap orang yang menzaliminya, namun maaf kesalahan mereka lebih diutamakan.

  1. Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji (dosa-dosa besar yang mudharatnya tidak hanya ke atas dirinya seperti berzina, mencuri, membunuh, riba, menuduh orang melakukan kejahatan, merompak dan lain-lain lagi)dan menzalimi diri sendiri (dosa-dosa yang mudharatnya hanya menimpa dirinya sendiri, samada dosa-dosa besar atau kecil)

  1. Memohon keampunan Allah setelah melakukan perbuatan-perbuatan dosa di atas dan berazam tidak akan meneruskan perbuatan-perbuatan tersebut.

Kenyataan di atas ini terkandung dalam firman Allah;
  
“ Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu senang ataupun susah dan orang-orang yang menahan api kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan, dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji  atau menzalimi diri sendiri, maka mereka segera mengingati Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan, dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari Allah?. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui (hukum dan kesannya).”      (Ali Imran : ayat 133-135)

  1. Beriman dan membenarkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah dan memperjuangkan kebenaran tersebut.
Kenyataan ini selaras dengan firman Allah;

“ Dan mereka yang membawa (kebenaran) yang dibawa oleh Muhammad dan membenarkankannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. Mereka memperolehi apa sahaja yang mereka kehendaki dari sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan kepada orang yang melakukan.”.  (az-Zumar : ayat 33-34)

  1. Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah;

“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana berlaku adil itu lebih dekat kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa sahaja yang kamu kerjakan.”                                                                (al-Maidah: ayat 8)


  1. Mengagongkan syiar-syiar Allah, seperti mengagongkan syiar dalam ibadah haji, korban, solat berjemaah lima waktu, solat hariraya, solat minta hujan, solat gerhana bulan dan matahari, solat jumaat, menghidupkan Ramadhan, menghadiri majlis-majlis ilmu dan zikir dan lain-lain lagi berdasarkan firman Allah SWT;

“ Demikianlah (perintah Allah), dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syira Allah, maka sesungguhnya itu timbul lantaran hati yang penuh dengan ketaqwaan.”                                                                                                                     (al-Haj : ayat 32)

  1. Berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta dan jiwa raga. Firman Allah;
    
“ Orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk tidak menyertai jihad dengan harta       dan diri (jiwa raga) mereka. Dan Allah amat mengetahui orang-orang yang bertaqwa.”                          (at-Taubah : ayat 44)

  1. Tidak bersifat sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini selaras dengan firman Allah;

“ Negeri akhirat (yang penuh dengan nikmat itu) Kami kurniakan untuk orang-orang yang tidak mahu menyombongkan diri dan dari melakukan kerosakan di muka bumi ini dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
                                                                                                 (al-Qasas : ayat 83)



        Ciri asas seorang yang beriman ialah mentaati Allah SWT dan juga RasulNya. Kerana itu, orang yang beriman akan sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan amalan soleh, dan menjauhkan segala dosa dan kemaksiatan. Dan di bawah ini akan disebutkan beberapa contoh perincian ciri yang mesti ada pada seorang yang beriman.
Antara ciri-ciri atau tanda yang menunjukkan seseorang beriman itu ialah:-

Pertama: Benar-benar berpegang dengan ajaran al-Qur’an. Semua amalan perbuatan mereka dipadankan dengan panduan al-Qur’an. Mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh al-Qur’an dan akan menjauhkan mana-mana amalan yang tidak dibenarkan oleh all-Qur’an. Dan mereka juga sentiasa bersemangat untuk mengamalkan al-Qur’an dan juga mengajak orang ramai untuk turut bersama mengamalkannya. Firman Allah SWT:



“Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepada mereka, (dan) mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya (benar-benar mengamalkannya), maka mereka itulah yang beriman dengannya. Dan sesiapa yang engkar dengannya, maka mereka itu adalah orang-orang yangrugi”. Surah al-Baqarah: 121

Kedua: Sentiasa melakukan amalan yang soleh. Kerana inilah kita dapati di dalam ayat-ayat suci al-Qur’an, perkataan “orang-orang yang beriman” disertakan dengan “dan melakukan amalan yang soleh”. Firman Allah SWT:

“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik”. Surah ar-Ra’d: 29.

Ketiga: Sangat gerun dan takut kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Mengapakah kamu tidak memerangi orang-orang yang merosakkan sumpah mereka (janji mereka), padahal mereka telah bersungguh-sungguh ingin menghalau Rasul, dan merekalah yang lebih dahulu mulai memerangi kamu? Mengapakah kamu takut kepada mereka? Padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman”. Surah at-Taubah: 13. FirmanNya lagi:
 “Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah (para rasul) mereka takut kepadaNya dan mereka tiada merasa takut kepada seorangpun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai penolong”. Surah al-Ahzab: 39.

Keempat: Mencintai Allah dan Rasul melebihi perkara yang lain. Bagi seorang yang beriman, tidak ada kecintaan melebihi kepada kecintaan kepada Allah dan juga RasulNya. Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”. Surah al-Baqarah: 165. Kecintaan mereka kepada Allah SWT bukanlah dakwaan semata-mata, namun dibuktikan dengan perilaku mereka. Firman Allah SWT:

 “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah pasti akan mengasihimu dan mengampuni dosa-dosamu". Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Surah Ali Imran: 31.

Kelima: Sentiasa patuh dan taat kepada Allah dan RasulNya. Ini kerana keimanan yang ada pada mereka mendesak mereka mentaati Allah dan RasulNya, bahkan mereka akan merasa gembira bila dapat mengerjakan perintah Allah dan Rasul. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan (jawapan) orang-orang yang beriman, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami dengar, dan kami taat". Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”. Surah an-Nur: 51.

Keenam: Sentiasa bersyukur dan memuji Allah SWT. Mereka sedar bahawa segala nikmat adalah daripada Allah SWT, dan perlu disyukuri. Firman Allah SWT:

 “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepada kamu”. surah al-Ma’idah: 11. FirmanNya lagi:

 “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang Kami rezekikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika hanya kepada-Nya sahaja kamu sembah (beribadat)”. Surah al-Baqarah: 172. Nikmat yang melimpah ruah daripada Allah tidaklah menjadikan mereka lupa daratan dan tertipu, bahkan menambahkan lagi syukur mereka. Ini kerana mereka faham firman Allah yang berbunyi:
“Dan (ingatlah), tatkala tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambah kepadamu, dan jika kamu mengengkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih"”. Surah Ibrahim: 7.

Ketujuh: Betul-betul yakin dengan kebenaran Islam sehingga mereka sanggup berjihad mempertahankan Islam.
 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Merekalah para as-Sodiqun (orang-orang yang benar sikap dan pegangannya)”. Surah al-Hujurat: 15. Mereka akan sentiasa berjihad menegakkan kebenaran Islam, dan mereka tidak akan lemah dalam perjuangan ini, selagi nyawa dikandung badan. Firman Allah SWT:
“Dan perangilah mereka, sehiggalah tidak ada lagi fitnah (gangguan-gangguan terhadap umat Islam dan agama Islam ) dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah (Islam mengatasi agama-agama yang lain). Maka jika mereka berhenti (dari kekafiran), sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka lakukan”. Surah al-Anfal: 39.

Kelapan: Berjihad pada jalan Allah samada dengan hartanya, atau ilmu dan kepakarannya, bahkan juga dengan jiwa raganya. Mereka tetap akan memperjuangkan Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir. Firman Allah SWT:


“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut. Kerana itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah (sangat) lemah”. Surah an-Nisa’: 76. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Berjihadlah menentang kaum musyrikin dengan harta benda kamu, jiwa raga kamu dan lidah-lidah kamu”. Hadis riwayat Abu Daud dan Syeikh al-Albani menganggapnya sohih.

Kesembilan: Begitu yakin dengan ganjaran pahala di akhirat, sehingga segala perbuatan mereka adalah untuk akhirat, bahkan mereka sanggup mati kerananya. Firman Allah SWT:

“Hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat (mengutamakan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia) berperang di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur (syahid) atau memperoleh kemenangan, maka kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang (sangat) besar”. Surah an-Nisa’: 74. Mereka tidak berlumba mencari kemegahan dunia, tetapi apa yang mereka lebih utamakan ialah kehidupan akhirat. Firman Allah SWT:
: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik, iaitu syurga) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. Surah al-Ahzab: 83.

Kesepuluh: Berusaha melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan kemudiannya menyerahkan urusan (bertawakkal) kepada Allah SWT. Mereka memahami bahawa kejayaan dan kemenangan tidak akan dicapai tanpa keizinan Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu. Dan jika Dia membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka sesudah itu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal (berserah)”. Surah Ali Imran: 160.

Tawakkal yang ada pada mereka membuatkan mereka tidak akan berdoa melainkan hanya kepada Allah. Mereka tidak akan meminta pertolongan dengan jin, nujum dan sebagainya yang bercanggah dengan aqidah mereka. Mereka juga memahami bahawa kemenangan bukanlah dengan kekuatan mereka semata-mata, tetapi dengan kehendak Allah. Ramainya bilangan mereka tidak akan bermanfaat tanpa bantuan Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu bermegah kerana ramainya bilanganmu, (dan) jumlah yang banyak itu sedikitpun tidak memberi manfaat kepadamu, dan bumi yang luas itu telah kamu rasa sempit, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan juga kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang- orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir”. Surah at-Taubah: 25-26.



B. CIRI-CIRI ORANG YANG MUNAFIK
Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
            “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga persyaratan di atas yaitu pembohong, pengkhianat dan pengingkar janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi baru calon munafik.
1. Berbohong / Dusta
Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila kita tidak jujur kepada orang lain maka kita bisa menjadi orang yang munafik. Contoh bohong dalam kehidupan keseharian kita yaitu seperti menerima telepon dan mengatakan bahwa orang yang dituju tidak ada tetapi pada kenyataannya orang itu ada. Contoh lainnya seperti ada anak ditanya dari mana oleh orang tuanya dan anak kecil itu mengatakan tempat yang tidak habis  dikunjunginya.
2. Ingkar Janji
Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu berarti telah ingkat janji. Contohnya seperti janjian ketemu sama pacar di warung kebab bang piih tetapi tidak datang karena lebih mementingkan bisnis. Misal lainnya yaitu seperti para siswa yang telah menyepakati janji siswa namun tidak dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
3. Berkhianat/ Tidak Amanah
Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat tukang bohong dan tukang ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Di Bawah adalah antar 30 Sifat Munafik yang boleh wujud pada diri dan membuatkan kita jadi munafik secara tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat2 itu ada pada kita. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.


30 Sifat Munafik Yang Wujud Dalam Hati Kita:
Sifat Yang Ke-1 : Dusta
Sifat Yang Ke-2 : Khianat
Sifat Yang Ke-3 : Fujur dalam Pertikaian
Sifat Yang Ke-4 : Mungkir dan Ingkar Janji
Sifat Yang Ke-5 : Malas Beribadah
Sifat Yang Ke-6 : Riya
Sifat Yang Ke-7 : Sedikit Berdzikir
Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat Shalat
Sifat Yang Ke-9 : Mencela Orang-Orang yang Taat dan Sholeh
Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al Quran, As Sunnah, dan Rasulullah saw
Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah Palsu
Sifat Yang Ke-12 : Tidak Mahu Berinfaq
Sifat Yang Ke-13 : Tidak Memiliki Kepedulian terhadap Nasib Kaum Muslimin
Sifat Yang Ke-14 : Suka Menyebakan Kabar Dusta
Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari Takdir
Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki Kehormatan Orang-Orang Sholeh
Sifat Yang Ke-17 : Sering Meninggalkan Shalat Berjamaah
Sifat Yang Ke-18 : Membuat Kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Sifat Yang Ke-19 : Tidak Ada Kesesuaian antara Zahir dengan Batin
Sifat Yang Ke-20 : Takut Terhadap Kejadian Apa pun
Sifat Yang Ke-21 : Berudzur dengan Dalih Dusta
Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Sifat Yang Ke-23 : Bakhil
Sifat Yang Ke-24 : Lupa Kepada Allah swt
Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya
Sifat Yang Ke-26 : Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Batin
Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam Berbicara
Sifat Yang Ke-28 : Tidak Memahami Islam (Ad Din)
Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari Manusia dan Menantang Allah dengan Dosa
Sifat Yang Ke-30 : Senang dengan Musibah yang Menimpa Orang-Orang Beriman dan Dengki Terhadap Kebahagiaan Mereka









C. CIRI-CIRI ORANG YANG KAFIR/FASIK
 1. Fasik
                Orang fasik adalah orang Mukmin atau orang Muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)

“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu serta mengerjakan amal soleh, bahawa ia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah dimuka bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka menjadi khalifah. Dan Ia menggantikan (keadaan ) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa (selama) mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik”
(Surah An Nur ayat 55)

“Dan jika Aku (Allah) hendak membinasakan suatu negeri, maka Aku perintahkan kepada orang yang hidup mewah dinegeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan (fasik) dalam negeri itu, maka sepantasnya berlaku terhadap mereka (ketentuan-Ku) kemudian Aku hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”
(Surah Al Isra' ayat 16)

Balasan orang Fasik
Orang Islam yang berbuat fasik, berbuat kerosakan, kejahatan dan maksiat dimuka bumi ini, maka Allah menyediakan seksa Neraka yang pedih.

2.MUSYRIK
Musyrik adalah orang yang mempersekutukan Allah, mengaku akan adanya Tuhan selain Allah atau menyamakan sesuatu dengan Allah. Perbuatan itu disebut Musyrik. Syrik adalah perbuatan dosa yang paling besar, kerana itu kita harus menjauhi perbuatan yang menjerumuskan kepada syrik.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :  “Ingatlah Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepadanya:’Hai anakku! Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar’. “ (Surah Luqman ayat 13)

Dengan demikian orang Musyrik disamping menyembah Allah mengabdikan kepada Allah, juga mengabdikan dirinya kepada yang selain Allah. Sifat orang Musyrik itu ialah mereka yg mempersekutukan Allah baik dalam bentuk i’tikad (kepercayaan), ucapan mahupun dalam bentuk amal perbuatan. Mereka (orang Musyrik) menjadikan mahkluk yang diciptakan Allah ini baik yang berupa benda mahupun manusia sebagai Tuhan dan menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah-ilah yang disembah selain daripada Allah s.w.t. Begitu juga mereka menjadikan Alihah, Andad, Thoghut dan Arbab sebagai tuhan selain Allah.

  1.Alihah ialah suatu kepercayaan terhadap benda dan binatang yang menurut keyakinannya dapat memberikan manfaat serta dapat menolak bahaya. Misalnya kita memakai cincin merah delima, dan kita yakin bahawa dengan memakainya dapat menghindarkan bahaya. Adapun kepercayaan memelihara burung Terkukur dapat memberikan kemajuan dalam bidang perniagaannya. Dan itulah dinamakan Alihah, yakni menyekutukan Allah dengan binatang dan benda (Kepada Makhluk).

2.. Andad, sesuatu perkara yang dicintai dan dihormati melebihi daripada cintanya kepada Allah, sehingga dapat memalingkan seseorang dari melaksanakan ketaatan terhadap Allah dan RasulNya. Misalnya saja seorang yang senang mencintai kepada benda, keluarga, rumah dan sebagainya, dimana cintanya melebihi cintai terhadap Allah dan RasulNya, sehingga mereka melalaikan dalam melaksanakan kewajiban agama, kerana terlalu cintanya terhadap benda tersebut (makhluk tersebut).
 
3.Thoghut ialah orang yang ditakuti dan ditaati seperti takut kepada Allah, bahkan melebihi rasa takut dan taatnya kepada Allah, walaupun keinginan dan perintahnya itu harus berbuat derhaka kepadaNya.
 
4.Arbab, ialah para pemuka agama (para ulama) yang suka memberikan fatwa, nasihat yang menyalahi ketentuan (perintah dan larangan) Allah dan RasulNya, kemudian ditaati oleh para pengikutnya tanpa diteliti dulu seperti mentaati terhadap Allah dan RasulNya. Para pemuka agama itu telah menjadikan dirinya dan dijadikan para pengikutnya Arbab (Tuhan selain Allah).

Bentuk musyrik ini menyesatkan terhadap perilaku manusia. Dan dengan memiliki aqidah seperti itu dapat menghilangkan Keimanan.

Peringkat Syrik
Antara tahap-tahapnya….
1..Menyembah sesuatu selain Allah
Menyembah sesuatu selain Allah adalah termasuk syrik yang paling berat dan tinggi. Mereka ini menyembah benda-benda, patung, batu, kayu, kubur bahkan manusia dan lain-lainnya. Mereka percaya bahawa benda-benda (makhluk) tersebut adalah tuhan-tuhan yang dapat mendatangkan kebaikan dan keburukan. Termasuk dalam tahap syrik seperti ini adalah mengadakan pemujaan seseorang tokoh pepimpin.

2..Mempersekutukan Allah.
Ertinya mempercayai bahawa makhluk selain Allah itu mempunyai sifat-sifat seperti yang ada pada Allah.
Dalam kategori mempersekutukan Allah ini adalah faham Trinti menurut kepercayaan Kristian, begitu faham Trimurti menurut kepercayaan agama Hindu, yang mempercayai bahawa Tuhan itu ada tiga, iaitu Brahman (tuhan menciptakan alam seisinya),Wisnu(Tuhan yang memelihara Alam) dan Syiwa (Tuhan yang menghancurkan alam).

3..Mempertuhankan Manusia.
Mempertuhankan manusia atau menjadikan manusia sebagai tuhannya adalah termasuk syrik atau mempersekutukan Allah. Ia itu apabila seseorang mematuhi, meyakini dan melaksanakan undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh ketua mereka (atau pun ketua mereka mengambil peraturan ciptaan manusia) dan mereka mematuhinya ini bermakna mereka telah mengambil manusia menjadi tuhan selain Allah.

Bahaya Syrik
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Maka apakah orang kafir (musyrik) menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan Neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir(musyrik)” (Surah Al Kahfi ayat 102)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syrik, dan Dia mengampuni dosa-dosa selain dari syrik itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya” (Surah At Taubah ayat113)

Sabda Rasulullah:
“Sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kamu sekalian ialah syrik yang paling kecil. Ketika Nabi s.a.w. di tanya:’Apa syrik kecil itu?’,Nabi s.a.w. bersabda:”Ri’yak”


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

your testimonial

51 Keutamaan Dzikir

(1) Dengan dzikir akan mengusir setan.   (2) Dzikir mudah mendatangkan ridho Ar Rahman. (3) Dzikir dapat menghilangkan geli...